Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat
9 jenis anak syaitan :
1.
Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia
hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli
barang-barang yang tidak perlu.
2.
Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat
musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3.
A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya
tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai
kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4.
Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm
& tempat yg ada minuman keras).
5.
Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan
orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.
6.
Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya
melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari
kata-kata mulut.
7.
Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE
RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak
memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku
keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas,
memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8.
Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri
manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita
yg lain.
9.
Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/matahari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar